Tuesday 5 February 2013

Shae banyak fans di MALAYSIA ??

      Siapa sih yang belom mngenal #Shae  .... Shae yang menyanyikan lagu "SAYANG" .. Lagu sayang sangat TOP diMalaysia .. Baru Kembali ke Malaysia selama 5 atau 4 hari tinggal di Malaysia sudah pun pulang ke Indonesia ...  Shae dari keluarga yang mix .. Ayahnya "Australia " Mamanya "Riau" ..

    About Shae :D

       SHAE atau nama sebenarnya Sheryl Gething, merupakan seorang gadis cilik yang berbakat besar dalam bidang nyanyian. Pendatang baru arena seni suara ini bukanlah calangan orang. Berbekalkan suara yang lantang dan lunak persis Alanis Morisette dan Alicia Keys, SHAE tentunya bakal menggegar industri muzik benua asia!
     SHAE memulakan kariernye beberapa tahun lalu semasa beliau masih menjalani pengajian di peringkat sekolah menengah. Posan Tobing (pemain drum Winner Band) merupakan antara orang yang mencetus penglibatan SHAE dalam industri muzik ketika itu. Menurut Posan, SHAE memiliki aura yang tersendiri. Suaranya yang unik telah memukau Posan lantas memikat beliau untuk menjalin kerjasama bersama SHAE. Dalam tempoh 1 tahun setengah kerjasama ini, maka terhasil album sulung SHAE yang diterbitkan oleh
Posan sendiri.
Sebagai memulakan langkah pertamanya dalam industri muzik ini, SHAE mempersembahkan album sulung yang bertajuk “The First”. Memuatkan sebanyak 8 buah lagu, “The First” menampilkan “Sayang” sebagai single pertama. “Sayang” merupakan sebuah lagu berentak pop yang ringan dan mudah didengari. Sebuah lagu yang tentunya digemari oleh golongan muda-mudi, “Sayang” mengisahkan keindahan dunia percintaan. Dengan iringan muzik ‘up-beat’, lagu yang penuh warna-warni ini bakal menceriakan industri muzik tempatan!
    Album “The First” turut memuatkan lagu “Kok Telfon Telfon Sih” yang sangat ‘catchy’ dan pastinya enak didengari. Berbeza daripada lagu “Sayang”, single kali ini memperdengarkan suara SHAE yang lantang dan kuat. “Kok Telfon Telfon Sih” menyampaikan mesej betapa jelaknya si gadis dengan panggilan-panggilan daripada bekas kekasihnya. Masih mengekalkan tema cinta dalam lagu nyanyian beliau, SHAE memperjuangkan muzik pop dengan mesej-mesej jelas dan ringan, sesuai dengan imej beliau yang muda ceria!
  Dengan karakter vokal yang begitu jitu, SHAE juga dianugerahkan wajah yang anggun, darah kacukan daripada dua rantau yang berbeza, Australia (bapa) dan Riau (ibu). Dengan imejnya yang bersih, SHAE merupakan ikon anak-anak muda yang sentiasa mengingini kelainan dan penuh inspirasi. Tidak hanya bertumpu pada bidang nyanyian, jiwa mudanya mendorong SHAE untuk turut mencuba beberapa bidang lain seperti fesyen dan lakonan. Ilmu yang diperoleh daripada kelas lakonan membantu beliau dalam mengekspresi penghayatan lirik, manakala ilmu fesyen pula diaplikasikan dalam ‘persembahan’ imej beliau sebagai seorang penyanyi yang riang!
   Selain itu, SHAE juga berbakat dalam ilmu tarian, hal ini menyempurnakan lagi persembahan beliau di pentas nyanyian. Dengan bakat yang serba boleh ini, SHAE tentunya pakej yang sempurna sebagai seorang bintang yang bakal menyinari industri muzik benua asia ini!
      
Bisa Follow Shae and Fans on Twitter :
  @Shae_Official / @Shae_Malaysia / @shaeFC

Facebook ( Page ) : Shae G
  
-ThankYou-

No comments:

Post a Comment